Wednesday 29 June 2011

Syurga Impian

Gambar ihsan Google


Semua org mesti impikan sebuah rumah yg cantik, indah, nyaman, sempurna & selesa.Selain jadi tempat berteduh, rumah juga jadi 'syurga' bagi setiap keluarga.Di situlah tmpt utk kita suburkan kasih sayang sesama ahli keluarga.Di situ jugalah kita akan mendidik anak2 utk jadi insan yg baik akhlak & tingkah lakunya.Semuanya bermula dari rumah....

Aku dh lama teringin nk ada rumah sendiri.Skrg ni masih menyewa dgn bayaran RM560 sebulan.Kalau dikira2, setahun lebih 6k aku bayar pd orang mcm tu je.Sebelum ni, bila aku suarakan pd hubby, dia mcm belum bersedia nk beli rumah.

Satu hari, dia balik dr keja, tiba2 dia sebut nak beli rumah.Gembira hati aku bukan kepalang.So, bermulalah episod pencarian kami utk memilih lokasi & jenis rumah yg akan jd syurga kami nnti.

Area Shah Alam, tau aje la.Dh susah nk carik rumah yg hrga bwh 200k.sume mahal2.klu bole, biarla sesuai dgn kemampuan kami.Orang kata, 'ukur baju di badan sendiri'.So, lps puas berbincang, akhirnya kitorang decide nk beli rumah di Saujana Putra.Tp sbb kitorang plan nk duduk tahun ni jgk, so nak beli la rumah yg dh siap.Nak beli yg belum siap, takut terbengkalai pulak.

So, kami pun mulakan misi mencarik rumah.Nth berapa kali kitorg masuk area SP tu.Pegi dari satu lorong ke lorong yg lain nak carik rumah utk dijual.Byk jgk, tp bila call, kebanyakannya harga mahal & tak reasonanable.Try jhgk tnya kt pemaju, tp rmh yg type kitorg nak tu dh sold out.so, nak x nak kena la beli subsale.beli dr owner lain.

Lps penat mencari & meng'google', akhirnya Allah bagi rezeki pd kami.Dpt sebuah rumah double storey 4 bilik & 3 bilik air dgn harga yg sesuai dgn bajet kami.Syukur, sbb step pertama dh settle.

Then, mula plk proses carik penaja (bank la...).Lps tanya bbrapa bank, akhirnya kami pilih Bank Muamalt sbb nk yg islamik & rate dia pun bagus sbb ada special rate utk staff DRB HICOM (hubby keja kt anak syarikat DRB).Dua minggu jgk la nk tau status sama ada lulus @ tak loan kami.Berdebar rasanya sbb risau jgk klu x approve.

Alhamdulillah, berita baik kami terima.Loan dah approve & pegi la sain offer letter.Then, hari Selasa lps kami dah sign S&P.So, skrg ni tgh tggu proses seterusnya.Dengar kata ambik masa 3-4 bulan jgk la.Pening jugak nk beli rumah ni.Mcm2 nak kena fikir.

Skrg ni aku sgt aktif explore ttg dekorasi rumah.W/pun rumah tu x sebesar mana, tp aku nak biar rumah tu nnti lengkap & kemas.Aku x rancang nak renovate memandangkan bajet yg agak terhad.Biarlah dulu dgn ukuran sedia ada.Bajet ciput tp mcm2 nk buat.

Hrp2 semua urusan akan selesai  cepat tanpa sebarang masalah.Nanti dpt la pindah cepat ke syurga baru tu nnti.Doakan ye...

Anak buah baru

Semalam kakak ipar aku, Kak Fisah selamat lahirtkan baby boy kt Hospital Putrajaya.Baby Isra, Mikraj.Dah 5 org cucu lelaki mak.Belum ada girl lg.Agknya gen lelaki dlm family aku mmg kuat kot.

Layankan la gmbr baby yg kiut miut ni...


Tembamnya....3.6kg


Muka dia mcm baby girl...cute


Abang2 yg agknya dh mula nak ajar baby main game


Tahniah utk Along & Kak Fisah sbb dpt hero baru.Adik- beradik 5 org lelaki, cucu2 mk pun 5 org lelaki.Tggu sorang lg, bole la buat team bola sepak nnti.


Saturday 25 June 2011

Besday present

Bertuahnya bdk2 zaman sekarang...kecik2 lg dh dpt guna brg2 mahal.Klu x dibagi, ketinggalan plk.Nk dibagi....berpuluh2 kali pikir kesannya.

Ape yg aku membebel ni...Sebenarnya nk cite psl besday Ammar 23 Jun lps.dh cukup 6 thn umurnya.bila dh makin besar, dia dh terdedah dgn mcm2 trend zaman skrg.Ammar ni sgt la suka main game.tiap kali balik rmh nenek dia, msti main game kt PC @ PS3 pakciknya.Lama2 berbunyi la kt mulut dia mintak ummi & ayahnya beli PSP utk dia.

Si ayah yg mgkn kesian tgk si anak, mula suarakan cadangan pd si ummi.Katanya, si ayah x nak bila Ammar dh besar sikit la, pegi main game kt CC.Kalau x kena gaya, brcampur plk dgn kwn yg bukan2.Nauzubillah....so, si ayah nk Ammar dpt semua tu di rumah.Tp bukan la brmaksud Ammar dibiarkan bebas brmain tanpa kawalan.perkara yg lebih penting wajib disempurnakan dulu.Pelajaran jgn diabai.

Si ummi pun setuju dgn cadangan si ayah.so, plan nk surprisekan Ammar sempena besday dia.pagi Khamis, gi Alam Sentral.ingat nk beli kt situ.bila tengok...ish, apesal mahal sgt hrganya?bila pikir2..cancel beli kt situ.Ptg, lps blk keja, terus balik Banting.nk beli kt Megah Banting.Gigih betul si ayah memandu w/pun dlm keadaan ngantuk.Tp, demi anak....si ayah berkorban.

Ammar ditinggalkan dgn nenek kt rmh.Bwk Adiff je.Smpai kt sana, lps bincang2 hrga dgn tokey kedai, kitorg pun setuju beli kt situ.Hrganya reasonable la..kitorg pilih wrna hitam sbb tu yg plg cantik.Lps tokey tu siap install segala mcm benda dlm tu, kitorg pn bgkus cntik2 la.

Smpai rumah, happy betul Ammar dpt hadiah.x sabar2, terus di koyak- rabakkan wrapper tu.Nmpk je PSP idaman dia, terus senyum lebar.


ni la benda yg diidam2kan


khusyuknya main...


Selamat hari lahir Ammar....Ummi & Ayah hrp Ammar dpt manfaatkan benda tu baik2...jaga elok2 ( mahal tu...) jangan smpai leka & rajin2 belajar.Ummi & Ayah sayang Ammar..

Friday 17 June 2011

Jom belajar ilmu pertanian

Korang kenal buah salak?

 Buah salak ni kalau tak silap aku byk kat pantai timur.Rasanya manis2 kelat...tp sedap la bagi yg minat.(tp aku x minat).Nak dijadikan cite, selama ni aku sangka semua pokok buah kita cuma perlu tanam & tunggu berbuah.Rupanya pokok pun kena kawin utk dapatkan buahnya.

Aku balik kg mertua aku kt Felda Lui Timur Khamis lps.Ayah mertua aku ada tanam bbrpa batang pokok salak ni.Kebetulan plk tgh berbuah.Dpt la jgk aku rasa salak fresh.Cite punya cite, baru aku tau yg pokok salak ni unik sikit cara nak dapatkan buahnya.

Aku pun terus gi belakang rumah mertua aku dgn ayah mertua aku.Dia nak tunjuk camne cara nk buat pokok salak tu berbuah.Pokok salak ni ada yg jantan & ada yg betina.Bila dua2 pokok ni berbunga, kita kena ambik bunga yg kt pokok jantan & cantumkan dgn bunga betina.Mcm kt gmbr bwh ni...


So, bole la tggu bbrapa hari then pokok tu pun akn mula berputik

Putik ni dh agak besar

Cuma menunggu masa utk masak


Ni la bestnya bila balik kampung...byk ilmu & benda baru dpt aku belajar.Dan dlm masa yg sama, kagum dgn kebesaran Allah yg jadikan alam & isinya dgn macam2 jenis & sifat masing2.Mgkn next time aku bole belajar noreh getah pulak (sbb my FIL byk pokok getah)


Sempat lagik..



Sunday 12 June 2011

Makan angin @ Bagan Lalang

Untuk kali ke berapa, kami ke Bagan Lalang.Kami pilih utk ke sini sbb pantai ni x jauh sgt dr rumah mak, lgpun tmpt ni dh cntik skrg.Jauh lebih cantik & bersih berbanding dulu.Bkn plan pun, cuma saje2 bg cadangan kt hubby memandangkan cuti sekolah ni x dpt bercuti ke mana2 sbb hubby ada job je tiap weekend.

So, hr Khamis tu hubby suh try google tmpt menginap yg best.Dulu dh prnah tido Seri Malaysia wktu pegi dgn family.So, kali ni aku pilih tmpt lain.Mula2 pilih Camar laut, tp fully booked.Call sana, call sni, last2 dpt la kt Bagan Lalang Beach Resort.

Hari Ahad, hubby abis job pukul 7.00.Aku kt rumah dh siapkan semua pakaian yg perlu.Lps Maghrib, terus gerak.Smpai sana dlm pukul 9.30.Terus check-in.Tp agak frust la sbb resort ni x berapa best.Masa book hr tu, org ofis tu kata just ada satu bilik, ruang tamu & tandas.Tp bila smpai, tgk2 ada 2 bilik besar & ruang tamu pun besar.Kiranya bole tido satu family besar plk dlm tu.Tp tandas kt bawah & tak selesa.Nasib baik la bilik ada aircond.Syok jgk la tido sejuk2.

Jalan masuk ke resort


Bilik kitorang..Semi D type



Pagi esoknya, lps sarapan mihun goreng kat kedai, terus gi mandi pantai.Aku x mandi pun, jd photograper je.hehe..






Walaupun holiday ni simple, tp tetap best.Yg penting anak2 happy.Mgkn lps ni kami akan plan holiday yg lebih best.




Saturday 4 June 2011

Dot..dot..dot..


Comel tak?ni baru tgk rupa tau, belum rasa lagi.ni la apam polkadot.tgh hot skrg ni.aku pun baru first time mkn.Aku order kat sini.Ambik yg choc filling & blueberry filling.sedap betul...cair di mulut gitu.Dgn rupanya yg sgt2 cute, bertambah2 la selera nk mkn.TQ Nurul sbb buat apam yg sedap utk saya.Klu sape2 nk rasa, bole la order skrg.



Sebenarnya aku order apam tu, selain sbb aku sndiri nk rasa, aku nk bwk ke rumah makcik hubby di Nilai.Anaknya, Nini bertunang smlm.Gmbr byk, tp nnti la aku upload.Line x brp clear la...hehe.

Thursday 2 June 2011

Adoiiii...sakitnya badanku!

Kalau nk tau, bkn org dewasa aje ada sakit badan tau.Bdk kecik pun ada sakit bdn jgk.Klu x caya, tgk la budak ni...


Sibuk betul Adiff suruh org psgkan kerusi urut ni utk dia.Dia kata dia sakit badan.Bila dh ddk atas tu, siap ckp, "Selesa betul la ummi".Elok je dia ddk smpai abis 15 minit.Mcm2 la bdk kecik ni...

Wednesday 1 June 2011

Sekadar peringatan

Pagi ni, dpt berita pemergian bekas rakan sekelas di KISAS dulu.Al-Fatihah buat Allahyarhamah Kak Husna...moga rohnya ditempatkan bersama2 org2 yg beriman.aku pn terkejut.x dgr plk dia sakit, tiba2 tau dh takde.insaf rasanya, bila rakan seusia yg boleh dikatakan muda dh pergi menghadap Allah.Ajal...tak kira masa, tempat & umur.Moga2 aku sentiasa berusaha menjadi hamba-Nya yg taat dan bersedia..
Tadi godek2 internet ni, terbaca satu artikel tntg "HUKUM MEMBUAT BINAAN DI ATAS KUBUR".Aku sedar, msh ramai org seagama di sekeliling aku msh x tau, x fhm, kabur @ saje2 buat2 x tahu.Masih ramai yg berlumba2 mencantikkan kubur ibu bapa, adik-beradik & sanak saudara.Kdg2 tu, siap ada yg berpayung & berkipas bagai.

( terima kasih mr google)

Telah diharamkan oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Dari Abdullah bin Hasanah berkata: "Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. "

 
Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)

Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154).

Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)
Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur,[1] kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.

Semua fatwa-fatwa tentang larangan tersebut antaranya berdasarkan hadis sahih: Dari Jabir radhiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya.
 

Setelah berpandukan hujah-hujah syara dan fatwa Imam as-Syafie, maka Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan: Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar [2] yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang sedemikian.

Imam an-Nawawi rahimahullah dari kalangan ulama besar as-Syafieyah juga telah melanjutkan fatwa Imam as-Syafie yang berkaitan dengan hal ini: Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, dilarang meletakkan perut dan dada ke dinding kubur.

Abu Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi. Jika di kuburan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam dilarang dari bertawaf, merapatkan perut dan dada maka di kubur-kubur lain tentu diharamkan juga.

bahkan terdapat hadith dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam yang melarang dalam isu ini :
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah Shallallaahu ‘Alaihi wa Sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..


Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahu wa ta’ ala.

"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)


SUMBER DRPD : http://macamacamla.blogspot.com/2010/02/hukum-menghias-kubur.html

Aku segera teringat kpd perbualan aku dgn seseorang yg agak rapat dgnku.Aku bkn nk memandang rendah pdya, sbb ilmu agama aku pn x sebyak mana.Dia kata, semua hukum agama dia tahu.Tp hakikatnya, tudung pun kadang2 pakai, kdg2 hilang.Dia bercerita padaku yg dia mahu membina marmar pd kubur arwah ayahnya.Aku yg sdh tahu hukumnya, cuba beritahu dgn cara yg plg berhemah sekali.Tp dia mcm x terima & anggap duit peninggalan arwah ayahnya tu msti digunakan utk kebaikan ayahnya.Dlm hati aku berbisik, "Binaan marmar itukah kebaikan yg bakal ayahnya terima di sana?"..Wallahua'lam...