Friday 16 December 2011

Selamat Pengantin Baharu...Pak Su & Mak Su

3 hari lepas kepulangan mak ayah dari Tanah Suci, majlis kenduri kahwin adik ipar aku yang bongsu berlangsung.Anak2 buah panggil Pak Su.Majlis nikah sebelah pengantin perempuan dah diadakan 20 November lepas.Aku buat gubahan hantaran untuk diorang time tu.

Hari Khamis, lepas ambik mak ayah kt KLIA hari tu, terus bawak mereka balik kampung.So, bole buat persiapan awal.Aku tolong sikit2 buat pelamin & hias bilik tidur.So, layankan je la gambar sepanjang majlis berlangsung...


Pelamin yang aku tolong hias...rerama & pomander tu aku yg bubuh


meja santapan...hidangan disediakan oleh kami adik beradik je


fairy & flower girl



pasangan sejoli


Nazer & Lina


Pak Su & Mak Su


Sisters


Family ku..


Semoga berbahagia hingga akhir hayat & dikurniakan zuriat yang soleh & solehah

Haji Yusoff & Hajah Esah

21 Oktober lepas, mak & ayah mertua aku selamat berangkat ke Tanah Suci untuk tunaikan haji.Masa tu sume pergi hantar mak ayah kat Kelana Jaya.Aku je x dapat join sebab kena pegi kursus.Sedih & terkilan x dapat hantar.Mujurlah malam sebelum pergi tu mak ayah tidur kat rumah aku.So, dapat la berborak & jumpa mereka.

Lebih kurang 49 hari kat sana, 8 Disember hari tu mak ayah selamat pulang.Kitorang pun gi ambik kat KLIA.Flight landing awal, pukul 6.55 pagi.So, pukul 6.15 dah gerak dari rumah mak.Punyalah ramai orang kt tempat menunggu tu.kebanyakannya tunggu rombongan haji tu la.Lama jugak menungu.Dekat pukul 9.00 baru mak ayah keluar.Sebak, hiba, terharu...mcm2 perasaan ada.Berjurai2 airmata keluar x bole ditahan.

 Tengok tu...ramainya orang..


 Setia menanti...Adiff dah merajuk sebab penat berdiri lama


 Yang ditunggu2 akhirnya muncul juga


 Hiba betul rasanya bila peluk mak








Jom kita balik


Alhamdulillah...mak & ayah dapat menyempurnakan ibadah haji mereka.agaknya bila pulak la giliran aku nak ke sana?

Mentari muncul lagi

Hehehe...tajuk kt atas ni xde kena mengena dgn kumpulan Slam atau ramalan cuaca atau ape2 pun.Cuma nak bgtau yg aku baru nak muncul balik lps berbulan2 lamanya aku menyepi.

Sebenarnya ada sebab aku rasa frust & xde semangat nk teruskan penulisan aku.Gembira yang aku sangka akan berpanjangan rupanya hanya membahagiakan aku buat seketika.Cewah...ayat jiwang x bole blah.

Aku nk share la apa yg dh jadi pd aku & family.Sebelum ni aku ada cite tntg rumah yg aku & suami nk beli.(Sila baca di sini ).Puas kami berusaha untuk memastikan semua urusan berjalan lancar.Tapi, kami cuma merancang.Allah menguji kami.Mula2 semuanya berjalan dengan baik, tp akhirnya kami kecewa.Kami baru tahu yg kami telah menjadi mangsa penipuan ejen hartanah setelah membayar sejumlah wang RM13000.Jumlah yg amat banyak bagi orang sederhana seperti kami.Dan yang paling kami kecewa, harapan kami untuk memiliki rumah hancur berkecai.

Dah tentu suami aku adalah org yang lebih kecewa.Puas dia bertekak dengan ejen tu.Sepanjang 7 tahun aku kahwin dgn dia, x pernah aku tengok dia marah macam tu.Dia yang banyak buat research pasal company ejen tu.Company tu berdaftar secara sah, tp tak sangka pulak ejen tu gunakan nama company orang lain.Dah puas usaha, last2 suami aku buat report polis.Memang orang kata kalau dah jadi kes polis, lagi lambat la settlenya.Harapan nak dapatkan balik duit kami tu pun macam kabur je.Nak x nak kami kena redha dan sabar hadapi semua ni.Bila fikirkan balik, memang sakit hati.Tapi apa yang bole kami buat ialah berdoa semoga diberi rezeki yang lebih baik selepas ini.

Syukur....niat kami untuk memiliki rumah belum berakhir.Kami usaha mencari rumah lain. Alhamdulillah...jumpa sebuah rumah yang sama type dengan rumah sebelum ni.Harganya dh naik beberapa puluh ribu lps 4-5 bulan.Memang mahal, tp bila fikir2 balik, kalau nak tunggu 2-3 tahun lagi, ntah berapa plk hrganya.So, kami nekad.Rasa cuak jgk sbb dah ada pengalaman hitam sebelum ni.Tapi kali ni lebih yakin sebab beli direct dgn owner, x melalui ejen.Owner ni pulak boleh bertolak ansur dgn kami dlm bab bayar deposit.So, xde la ralat sangat rasanya.Harap2 kali ni semua urusan dipermudahkan dan rumah yang kami impikan akan dapat kami miliki.

Sekarang baru la rasa ada mood nak menulis lagi.Lebih2 sekarang ni cuti sekolah.Banyak la masa nak melayan internet.InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin2kan diri.Jumpa lagi...