Friday 16 December 2011

Selamat Pengantin Baharu...Pak Su & Mak Su

3 hari lepas kepulangan mak ayah dari Tanah Suci, majlis kenduri kahwin adik ipar aku yang bongsu berlangsung.Anak2 buah panggil Pak Su.Majlis nikah sebelah pengantin perempuan dah diadakan 20 November lepas.Aku buat gubahan hantaran untuk diorang time tu.

Hari Khamis, lepas ambik mak ayah kt KLIA hari tu, terus bawak mereka balik kampung.So, bole buat persiapan awal.Aku tolong sikit2 buat pelamin & hias bilik tidur.So, layankan je la gambar sepanjang majlis berlangsung...


Pelamin yang aku tolong hias...rerama & pomander tu aku yg bubuh


meja santapan...hidangan disediakan oleh kami adik beradik je


fairy & flower girl



pasangan sejoli


Nazer & Lina


Pak Su & Mak Su


Sisters


Family ku..


Semoga berbahagia hingga akhir hayat & dikurniakan zuriat yang soleh & solehah

Haji Yusoff & Hajah Esah

21 Oktober lepas, mak & ayah mertua aku selamat berangkat ke Tanah Suci untuk tunaikan haji.Masa tu sume pergi hantar mak ayah kat Kelana Jaya.Aku je x dapat join sebab kena pegi kursus.Sedih & terkilan x dapat hantar.Mujurlah malam sebelum pergi tu mak ayah tidur kat rumah aku.So, dapat la berborak & jumpa mereka.

Lebih kurang 49 hari kat sana, 8 Disember hari tu mak ayah selamat pulang.Kitorang pun gi ambik kat KLIA.Flight landing awal, pukul 6.55 pagi.So, pukul 6.15 dah gerak dari rumah mak.Punyalah ramai orang kt tempat menunggu tu.kebanyakannya tunggu rombongan haji tu la.Lama jugak menungu.Dekat pukul 9.00 baru mak ayah keluar.Sebak, hiba, terharu...mcm2 perasaan ada.Berjurai2 airmata keluar x bole ditahan.

 Tengok tu...ramainya orang..


 Setia menanti...Adiff dah merajuk sebab penat berdiri lama


 Yang ditunggu2 akhirnya muncul juga


 Hiba betul rasanya bila peluk mak








Jom kita balik


Alhamdulillah...mak & ayah dapat menyempurnakan ibadah haji mereka.agaknya bila pulak la giliran aku nak ke sana?

Mentari muncul lagi

Hehehe...tajuk kt atas ni xde kena mengena dgn kumpulan Slam atau ramalan cuaca atau ape2 pun.Cuma nak bgtau yg aku baru nak muncul balik lps berbulan2 lamanya aku menyepi.

Sebenarnya ada sebab aku rasa frust & xde semangat nk teruskan penulisan aku.Gembira yang aku sangka akan berpanjangan rupanya hanya membahagiakan aku buat seketika.Cewah...ayat jiwang x bole blah.

Aku nk share la apa yg dh jadi pd aku & family.Sebelum ni aku ada cite tntg rumah yg aku & suami nk beli.(Sila baca di sini ).Puas kami berusaha untuk memastikan semua urusan berjalan lancar.Tapi, kami cuma merancang.Allah menguji kami.Mula2 semuanya berjalan dengan baik, tp akhirnya kami kecewa.Kami baru tahu yg kami telah menjadi mangsa penipuan ejen hartanah setelah membayar sejumlah wang RM13000.Jumlah yg amat banyak bagi orang sederhana seperti kami.Dan yang paling kami kecewa, harapan kami untuk memiliki rumah hancur berkecai.

Dah tentu suami aku adalah org yang lebih kecewa.Puas dia bertekak dengan ejen tu.Sepanjang 7 tahun aku kahwin dgn dia, x pernah aku tengok dia marah macam tu.Dia yang banyak buat research pasal company ejen tu.Company tu berdaftar secara sah, tp tak sangka pulak ejen tu gunakan nama company orang lain.Dah puas usaha, last2 suami aku buat report polis.Memang orang kata kalau dah jadi kes polis, lagi lambat la settlenya.Harapan nak dapatkan balik duit kami tu pun macam kabur je.Nak x nak kami kena redha dan sabar hadapi semua ni.Bila fikirkan balik, memang sakit hati.Tapi apa yang bole kami buat ialah berdoa semoga diberi rezeki yang lebih baik selepas ini.

Syukur....niat kami untuk memiliki rumah belum berakhir.Kami usaha mencari rumah lain. Alhamdulillah...jumpa sebuah rumah yang sama type dengan rumah sebelum ni.Harganya dh naik beberapa puluh ribu lps 4-5 bulan.Memang mahal, tp bila fikir2 balik, kalau nak tunggu 2-3 tahun lagi, ntah berapa plk hrganya.So, kami nekad.Rasa cuak jgk sbb dah ada pengalaman hitam sebelum ni.Tapi kali ni lebih yakin sebab beli direct dgn owner, x melalui ejen.Owner ni pulak boleh bertolak ansur dgn kami dlm bab bayar deposit.So, xde la ralat sangat rasanya.Harap2 kali ni semua urusan dipermudahkan dan rumah yang kami impikan akan dapat kami miliki.

Sekarang baru la rasa ada mood nak menulis lagi.Lebih2 sekarang ni cuti sekolah.Banyak la masa nak melayan internet.InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin2kan diri.Jumpa lagi...


Saturday 24 September 2011

Makan2 @ Kuang

Seumur hidup aku x pernah gi mkn kt restoran steamboat.Kalau mkn steamboat pun, jenis yg beli kt stall @ lori kecik tepi jalan.Dah lama teringin, tp x pernah pulak sungguh2 nak pegi.

Tup2...hubby ada ckp dia nmpk satu kedai steamboat yg mcm best je masa dia buat job photo kt Kuang.So, aku ajak la dia gi try.Rasa mcm jauh je Kuang tu, tp sebenarnya perjalanan dari Shah Alam lbh kurang setengah jam je.


Ni la nama kedai tu...Cafe D'Manggis

Sbb datang hari biasa, org x ramai sgt.Just ada 3-4 family je.Ok jgk, dpt la mkn dgn selesa.X payah bersesak2.


Tempat besar, tp org x ramai.sbb tu nmpk kosong

Untuk dewasa, kena bayar RM20 sorang.Budak2 umur 4 tahun ke atas, RM10.Tp waiter tu baik Dia kata utk anak2 aku kira sorang je.Adiff x payah.Agknya sbb dia tgk Adiff tu halus je.ada bagusnya jgk badan kecik..hihi.Tp pilihan makanan sgt banyak.Dgn ape yg dibayar, bole makan banyak mana yg kita nak.Ambik la ape pun.Ada seafood, sayur, mcm2 jenis bebola, mi, aiskrim, air, buah & mcm2 lg la.Tp syaratnya, kena masak sendiri la.Boleh rebus dlm sup yg diorang sediakan atau grill.Happening jgk la sbb rasa mcm main masak2.
sayur & seafood
variety of bebola, stick, etc

Makanan diletak dlm bot


Lepas ambik2 bahan mentah, apelagi...masak la...






Puas hati la dgn servis & makanan kat situ.Bagi aku berbaloi.kalau orang yg jenis bole  makan banyak, lagi berbaloi.Lain kali bole dtg lagi. Sediakan saje ongkosnya ye...

Monday 19 September 2011

Demam netbook baru

Semalam aku gi Low Yatt dgn hubby & abg abg ipar.Mcm yg aku ckp sebelum ni, aku nak beli netbook.,Sampai kt Low Yatt pukul 12 lebih.Mak aiii...ramai betul orang.Sesak!!!

Then, terus round2 carik ape yg nk dibeli.Mula2 beli laptop abang ipar aku dulu.Acer Aspire.Model ape aku x ingat plk.Lepas settle dia punya, carik netbook aku plk.Aku tengok x banyak kedai yg jual Dell mini.Brand lain byk la.

Last2, jumpa jugak kt satu kedai kecik.Aku aim warna putih, tp nmpknya xde rezeki.Bukan xde Dell putih, tp utk model yg latest, warna putih xde.Model lama ada la.So, decide ambik warna hitam.

Harga??? RM 1090 lepas puas tawar-menawar.Dpt la free gift cooler fan, mouse pad, USB hub & 3-4 benda lagi.Sementara nak tunggu orang kedai tu install benda2 dlm tu, kitorang round2 lagi.kaki ni lenguh jgn cite la.Dia kata setengah jam, dh 45 minit pun x settle lg.So, berdiri lama tunggu siap.

Settle kul 3 lebih, terus balik.Dlm keta aku dh rasa lain mcm.X sedap badan.Singgah Kajang hantar abang ipar aku dulu.Lepak2 kejap, kul 6 baru balik rumah mak kat Banting.Sampai rumah mak, badan dah start panas.

Aku x sempat godek2 pun netbook baru ni.Lepas Maghrib terus badan menggigil.Capai selimut tutup satu badan.Sah aku demam.Dah lama x demam teruk mcm ni.Badan panas sgt.Tak bole bangun langsung.

Bangun pagi tadi, panas badan dah kurang.Cuma sakit kepala & tekak aku sakit.Nak telan makanan pun x bole.Hubby bwk gi klinik.Doktor check & kata tekak aku bengkak dan ada kuman.Kena inject..huhu.Dapat MC dua hari.

Ni aku rasa dh makin ok,Sbb tu bole update blog.Cuma tekak ni masih sakit la...harap cepat sembuh.Hubby aku perli2 kau.Dia kata,"Abang rasa ayang demam netbook baru la"...

Saturday 17 September 2011

Netbook ape yang best????

Pening kepala aku berfikir....ape yg bagus, ape yg best, ape yg terkini?dah la aku ni x berapa reti tengok spec gadget2 ni.

Aku nk beli netbook.Sebelum ni aku pakai laptop NEC.Beli awal tahun 2009 masa aku masuk KPLI.waktu tu banyak betul assignment & keja nk kena settlekan setiap hari.So, nk x nak kena beli.RM2300 seingat aku.

Baru2 ni, aku terfikir plk nk ambik netbook.Bkn pe, senang sikit nk angkut sana sini.Lagipun hubby aku dh ada Macbook.so, aku rasa x perlu aku ada lappy yg besar.Aku suruh adik aku tolong jualkan lappy NEC yg dh hampir 3 tahun menabur bakti.Kawan dia setuju beli tp harga mmg menjunam sgt2.Laku RM750 je.Nampak gaya kena tambah duit sendiri klu nak ambik netbook baru.

Sekarang ni aku dlm dilema.Nak ambik netbook ape.Aku berkenan Dell....lagi2 warna putih.Nampak smart je.Dah google tgk harga....bole tahan la jgk..( sambil telan air liur).Adik aku yg agak terer bab2 komputer kata, Dell tahan lama & service after sale sgt bagus.Sebelum ni aku admire dgn HP.tp adik aku kata x berapa bagus & cepat rosak.Ni yg aku tengah pening kepala ni...



Mula2 aku suka HP mini yg ni...


Tetiba jatuh cinta plk dgn Si Putih ni...


Gambar ihsan : GOOGLE


Esok hubby ajak gi Low Yatt sbb kebetulan abg dia mintak tolong belikan laptop.So, mlm ni kena pikir masak2 & decide.So, tunggu la post akan datang utk tau ape pilihan aku.mana la tau, dah sampai sana nanti, rambang mata & terbeli yg bukan dlm senarai.So...tunggu....

P/S:Hari tu sebelum jual lappy lama, lupa nak snap gambar.so, xde la kenangan..huhu



Friday 16 September 2011

Berjumpa lagi...

Dah lama benar aku biarkan blog ni...aku rasa bukan setakat bersawang.agaknya dh reput dimakan anai2.tp sebelum runtuh, baik aku baiki ape yg patut.biar aku bole terus berada diteratak ni sampai bila2.

Banyak masalah yg berlaku hingga aku terpaksa lupakan blog aku.Dan sepanjang waktu itu, banyak cerita dan kisah yg aku lalui.Kalau nk cerita semua, mesti pnjg berjela.so, aku cerita la perkembangan terbaru saje.

Skrg ni masih bln Syawal.Aku nak imbas la skit tntg sambutan raya aku tahun ni.Thn ni giliran beraya kt kampung suami aku kt N9.Kt sana mcm biasa la....menu wajibnya sate.cuma tahun ni mak mertua aku buat sikit je.5 ekor ayam.selalu sampai berbelas2 ekor.

Pagi raya, lps bermaaf-maafan, sempat jgk bergmbar satu family.tp sebenarnya x cukup org sbb sorang kakak ipar & sorang abg ipar aku raya rumah mertua.




Raya ketiga aku balik ke Bukit Changgang.rumah sedara mara kt sni sgt banyak.mmg x cukup masa nak abiskan semua.so, maaf la kpd pakcik @ makcik yg aku x sempat dtg rumah mereka.

Minggu lps buat sesi fotografi family.Gambar family yg tergantung kt dinding rumah mak aku dh expired sbb dh tambah 2 org ahli keluarga baru...adik ipar aku, Ayus & anak buah aku, Syamil.So, kena buat yg baru la.Awal2 dh bersiap cantik2.pakai mcm pagi raya.Tp, spoil betul time bergambar sbb anak2 aku buat hal.merajuk la...menangis la...tension.so, hasilnya x berapa memuaskan hati.Tapi kira OK je la.

Layankan gambar kitorang ni....


Mood Ammar yg ceria mula2nya....


Ammar, Adiff, Faris & Nabil

Tengok la tu...ntah ape yg x kena, Ammar menangis.


Abah & mak


Atuk & nenek dgn 5 cucu hero diorang


Ni Adiff plk start buat perangai...


Our big family


6 beradik...Along, aku, Iwan, Shafiq, Wawa & Hatta


Adik aku, Iwan with his wife, Ayus


Me & hubby


My family...tp anak2 muka semacam je


Along & Kak Fisah


Along with his family & new baby, Syamil


Rasa mcm teringin plk buat outdoor photography mcm 2 tahun lps.tp asyik xde kesempatan je.mcm2 urusan yg nk kena settlekan.

Raya kelima tu, kebetulan hari ulangtahun perkahwinan aku & suami yg ketujuh.Gi celebrate mkn2 je, kt Secret Recipe, Alamanda.best gila sbb org x ramai.Bole la mkn dgn lebih aman.sebelum pegi, bergambar dulu...



Aku sentiasa berdoa dan mengharapkan agar kasih sayang antara kami terus utuh buat selamanya...I Love U Abang...















Friday 22 July 2011

Bulan banyak besday

Ape punya tajuk daaaaa....x kisah la.Yg penting aku nk cite, bln Julai ni byk org celebrate besday dlm family aku.Mak lahir 17 Julai, sama dgn anak buah aku, Nabil ( cucu mak la...).Abah lahir 21 Julai..Adik aku, Wawa plk 10 Julai.Anniversary mak & abah pun bln julai jgk, sama dgn tarikh lahir Abah.

So, utk memudahkan urusan, kitorg pun decide utk celebrate sume sekali gus.Adik ipar aku, Ayus buat soto.Dia mmg pandai buat soto.Sedap....Aku & hubby plk bakar ayam & kambing ( sponsored by adik aku Shafiq & Wawa).Bukan nak puji, tp suami aku terer bab2 buat bahan perapan ayam & kambing.Hasilnya mesti tak mengecewakan...hehe.Sampai abah dh byk kali suruh ulang2 buat.Tp silapnya...aku lupa nk ambik gmbr.Yg ada gmbr ayam tgh dibakar ni je.

                                                         

kek karamel yg sodap


Besday boy...Nabil


Melayan karenah cucu2 yg sume lelaki


Moga mak, abah, Wawa & Nabil dilanjutkan usia, diberikan nikmat kesihatan yg baik, murah rezeki & happy selalu.Tanpa mak & abah...siapalah kami







Sunday 17 July 2011

My Dream...huhu

Korang suka berangan x?aku mmg suka berangan.Ada org kata, berangan tu x elok.tp bg aku, setiap impian bermula dgn angan2.Dgn angan2 la kita akan berusaha utk capai sesuatu.

Ape yg aku selalu angankan?heheheh...semenjak dua menjak ni mmg aku suka berangan psl dekorasi rumah, hiasan2 rumah & mcm2 lg psl rumah.Walaupun proses beli rumah belum settle, aku dh mula berangan nak hias rumah tu cmne nnti.Bajet pun ciput je, tp mcm2 nak.xpe la...berangan bukan bayar pun.

Meh kongsi dgn aku, ape yg aku selalulu angankan.....


1)RUANG TAMU

Aku sukakan konsep moden & minimalis utk rumah aku.rumah x besar sgt.rasanya konsep ni sesuai.tak perlukan perabot yg banyak, cukup sekadar ape yg perlu je.lagipun aku x suka perabot & hiasan yg sarat.biar lapang je.




Cantik & kemas kan?mesti best je balik keja klu tgk rumah tersusun je cmni.


2)RUANG MAKAN




Mesti klau makan akan makin bertambah selera (w/pun skrg ni mmg terlebih selera)


3)BILIK TIDUR


Very romantic kan...kaler pun sgt menarik.


4)KITCHEN CABINET



Simple tp aku nak mesti ada sink 2 bowl, hob & hood (demand la plk)


Byk lagi yg aku angankan...tp x dpt update panjang sbb dh jauh mlm.nnti bila2 aku sambung la...moga impian jd kenyataan


Note : Kredit gmbr kpd www.senihias.com




Wednesday 29 June 2011

Syurga Impian

Gambar ihsan Google


Semua org mesti impikan sebuah rumah yg cantik, indah, nyaman, sempurna & selesa.Selain jadi tempat berteduh, rumah juga jadi 'syurga' bagi setiap keluarga.Di situlah tmpt utk kita suburkan kasih sayang sesama ahli keluarga.Di situ jugalah kita akan mendidik anak2 utk jadi insan yg baik akhlak & tingkah lakunya.Semuanya bermula dari rumah....

Aku dh lama teringin nk ada rumah sendiri.Skrg ni masih menyewa dgn bayaran RM560 sebulan.Kalau dikira2, setahun lebih 6k aku bayar pd orang mcm tu je.Sebelum ni, bila aku suarakan pd hubby, dia mcm belum bersedia nk beli rumah.

Satu hari, dia balik dr keja, tiba2 dia sebut nak beli rumah.Gembira hati aku bukan kepalang.So, bermulalah episod pencarian kami utk memilih lokasi & jenis rumah yg akan jd syurga kami nnti.

Area Shah Alam, tau aje la.Dh susah nk carik rumah yg hrga bwh 200k.sume mahal2.klu bole, biarla sesuai dgn kemampuan kami.Orang kata, 'ukur baju di badan sendiri'.So, lps puas berbincang, akhirnya kitorang decide nk beli rumah di Saujana Putra.Tp sbb kitorang plan nk duduk tahun ni jgk, so nak beli la rumah yg dh siap.Nak beli yg belum siap, takut terbengkalai pulak.

So, kami pun mulakan misi mencarik rumah.Nth berapa kali kitorg masuk area SP tu.Pegi dari satu lorong ke lorong yg lain nak carik rumah utk dijual.Byk jgk, tp bila call, kebanyakannya harga mahal & tak reasonanable.Try jhgk tnya kt pemaju, tp rmh yg type kitorg nak tu dh sold out.so, nak x nak kena la beli subsale.beli dr owner lain.

Lps penat mencari & meng'google', akhirnya Allah bagi rezeki pd kami.Dpt sebuah rumah double storey 4 bilik & 3 bilik air dgn harga yg sesuai dgn bajet kami.Syukur, sbb step pertama dh settle.

Then, mula plk proses carik penaja (bank la...).Lps tanya bbrapa bank, akhirnya kami pilih Bank Muamalt sbb nk yg islamik & rate dia pun bagus sbb ada special rate utk staff DRB HICOM (hubby keja kt anak syarikat DRB).Dua minggu jgk la nk tau status sama ada lulus @ tak loan kami.Berdebar rasanya sbb risau jgk klu x approve.

Alhamdulillah, berita baik kami terima.Loan dah approve & pegi la sain offer letter.Then, hari Selasa lps kami dah sign S&P.So, skrg ni tgh tggu proses seterusnya.Dengar kata ambik masa 3-4 bulan jgk la.Pening jugak nk beli rumah ni.Mcm2 nak kena fikir.

Skrg ni aku sgt aktif explore ttg dekorasi rumah.W/pun rumah tu x sebesar mana, tp aku nak biar rumah tu nnti lengkap & kemas.Aku x rancang nak renovate memandangkan bajet yg agak terhad.Biarlah dulu dgn ukuran sedia ada.Bajet ciput tp mcm2 nk buat.

Hrp2 semua urusan akan selesai  cepat tanpa sebarang masalah.Nanti dpt la pindah cepat ke syurga baru tu nnti.Doakan ye...

Anak buah baru

Semalam kakak ipar aku, Kak Fisah selamat lahirtkan baby boy kt Hospital Putrajaya.Baby Isra, Mikraj.Dah 5 org cucu lelaki mak.Belum ada girl lg.Agknya gen lelaki dlm family aku mmg kuat kot.

Layankan la gmbr baby yg kiut miut ni...


Tembamnya....3.6kg


Muka dia mcm baby girl...cute


Abang2 yg agknya dh mula nak ajar baby main game


Tahniah utk Along & Kak Fisah sbb dpt hero baru.Adik- beradik 5 org lelaki, cucu2 mk pun 5 org lelaki.Tggu sorang lg, bole la buat team bola sepak nnti.