Friday 16 December 2011

Haji Yusoff & Hajah Esah

21 Oktober lepas, mak & ayah mertua aku selamat berangkat ke Tanah Suci untuk tunaikan haji.Masa tu sume pergi hantar mak ayah kat Kelana Jaya.Aku je x dapat join sebab kena pegi kursus.Sedih & terkilan x dapat hantar.Mujurlah malam sebelum pergi tu mak ayah tidur kat rumah aku.So, dapat la berborak & jumpa mereka.

Lebih kurang 49 hari kat sana, 8 Disember hari tu mak ayah selamat pulang.Kitorang pun gi ambik kat KLIA.Flight landing awal, pukul 6.55 pagi.So, pukul 6.15 dah gerak dari rumah mak.Punyalah ramai orang kt tempat menunggu tu.kebanyakannya tunggu rombongan haji tu la.Lama jugak menungu.Dekat pukul 9.00 baru mak ayah keluar.Sebak, hiba, terharu...mcm2 perasaan ada.Berjurai2 airmata keluar x bole ditahan.

 Tengok tu...ramainya orang..


 Setia menanti...Adiff dah merajuk sebab penat berdiri lama


 Yang ditunggu2 akhirnya muncul juga


 Hiba betul rasanya bila peluk mak








Jom kita balik


Alhamdulillah...mak & ayah dapat menyempurnakan ibadah haji mereka.agaknya bila pulak la giliran aku nak ke sana?

No comments:

Post a Comment