Friday 16 December 2011

Mentari muncul lagi

Hehehe...tajuk kt atas ni xde kena mengena dgn kumpulan Slam atau ramalan cuaca atau ape2 pun.Cuma nak bgtau yg aku baru nak muncul balik lps berbulan2 lamanya aku menyepi.

Sebenarnya ada sebab aku rasa frust & xde semangat nk teruskan penulisan aku.Gembira yang aku sangka akan berpanjangan rupanya hanya membahagiakan aku buat seketika.Cewah...ayat jiwang x bole blah.

Aku nk share la apa yg dh jadi pd aku & family.Sebelum ni aku ada cite tntg rumah yg aku & suami nk beli.(Sila baca di sini ).Puas kami berusaha untuk memastikan semua urusan berjalan lancar.Tapi, kami cuma merancang.Allah menguji kami.Mula2 semuanya berjalan dengan baik, tp akhirnya kami kecewa.Kami baru tahu yg kami telah menjadi mangsa penipuan ejen hartanah setelah membayar sejumlah wang RM13000.Jumlah yg amat banyak bagi orang sederhana seperti kami.Dan yang paling kami kecewa, harapan kami untuk memiliki rumah hancur berkecai.

Dah tentu suami aku adalah org yang lebih kecewa.Puas dia bertekak dengan ejen tu.Sepanjang 7 tahun aku kahwin dgn dia, x pernah aku tengok dia marah macam tu.Dia yang banyak buat research pasal company ejen tu.Company tu berdaftar secara sah, tp tak sangka pulak ejen tu gunakan nama company orang lain.Dah puas usaha, last2 suami aku buat report polis.Memang orang kata kalau dah jadi kes polis, lagi lambat la settlenya.Harapan nak dapatkan balik duit kami tu pun macam kabur je.Nak x nak kami kena redha dan sabar hadapi semua ni.Bila fikirkan balik, memang sakit hati.Tapi apa yang bole kami buat ialah berdoa semoga diberi rezeki yang lebih baik selepas ini.

Syukur....niat kami untuk memiliki rumah belum berakhir.Kami usaha mencari rumah lain. Alhamdulillah...jumpa sebuah rumah yang sama type dengan rumah sebelum ni.Harganya dh naik beberapa puluh ribu lps 4-5 bulan.Memang mahal, tp bila fikir2 balik, kalau nak tunggu 2-3 tahun lagi, ntah berapa plk hrganya.So, kami nekad.Rasa cuak jgk sbb dah ada pengalaman hitam sebelum ni.Tapi kali ni lebih yakin sebab beli direct dgn owner, x melalui ejen.Owner ni pulak boleh bertolak ansur dgn kami dlm bab bayar deposit.So, xde la ralat sangat rasanya.Harap2 kali ni semua urusan dipermudahkan dan rumah yang kami impikan akan dapat kami miliki.

Sekarang baru la rasa ada mood nak menulis lagi.Lebih2 sekarang ni cuti sekolah.Banyak la masa nak melayan internet.InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin2kan diri.Jumpa lagi...


No comments:

Post a Comment