Wednesday 29 June 2011

Syurga Impian

Gambar ihsan Google


Semua org mesti impikan sebuah rumah yg cantik, indah, nyaman, sempurna & selesa.Selain jadi tempat berteduh, rumah juga jadi 'syurga' bagi setiap keluarga.Di situlah tmpt utk kita suburkan kasih sayang sesama ahli keluarga.Di situ jugalah kita akan mendidik anak2 utk jadi insan yg baik akhlak & tingkah lakunya.Semuanya bermula dari rumah....

Aku dh lama teringin nk ada rumah sendiri.Skrg ni masih menyewa dgn bayaran RM560 sebulan.Kalau dikira2, setahun lebih 6k aku bayar pd orang mcm tu je.Sebelum ni, bila aku suarakan pd hubby, dia mcm belum bersedia nk beli rumah.

Satu hari, dia balik dr keja, tiba2 dia sebut nak beli rumah.Gembira hati aku bukan kepalang.So, bermulalah episod pencarian kami utk memilih lokasi & jenis rumah yg akan jd syurga kami nnti.

Area Shah Alam, tau aje la.Dh susah nk carik rumah yg hrga bwh 200k.sume mahal2.klu bole, biarla sesuai dgn kemampuan kami.Orang kata, 'ukur baju di badan sendiri'.So, lps puas berbincang, akhirnya kitorang decide nk beli rumah di Saujana Putra.Tp sbb kitorang plan nk duduk tahun ni jgk, so nak beli la rumah yg dh siap.Nak beli yg belum siap, takut terbengkalai pulak.

So, kami pun mulakan misi mencarik rumah.Nth berapa kali kitorg masuk area SP tu.Pegi dari satu lorong ke lorong yg lain nak carik rumah utk dijual.Byk jgk, tp bila call, kebanyakannya harga mahal & tak reasonanable.Try jhgk tnya kt pemaju, tp rmh yg type kitorg nak tu dh sold out.so, nak x nak kena la beli subsale.beli dr owner lain.

Lps penat mencari & meng'google', akhirnya Allah bagi rezeki pd kami.Dpt sebuah rumah double storey 4 bilik & 3 bilik air dgn harga yg sesuai dgn bajet kami.Syukur, sbb step pertama dh settle.

Then, mula plk proses carik penaja (bank la...).Lps tanya bbrapa bank, akhirnya kami pilih Bank Muamalt sbb nk yg islamik & rate dia pun bagus sbb ada special rate utk staff DRB HICOM (hubby keja kt anak syarikat DRB).Dua minggu jgk la nk tau status sama ada lulus @ tak loan kami.Berdebar rasanya sbb risau jgk klu x approve.

Alhamdulillah, berita baik kami terima.Loan dah approve & pegi la sain offer letter.Then, hari Selasa lps kami dah sign S&P.So, skrg ni tgh tggu proses seterusnya.Dengar kata ambik masa 3-4 bulan jgk la.Pening jugak nk beli rumah ni.Mcm2 nak kena fikir.

Skrg ni aku sgt aktif explore ttg dekorasi rumah.W/pun rumah tu x sebesar mana, tp aku nak biar rumah tu nnti lengkap & kemas.Aku x rancang nak renovate memandangkan bajet yg agak terhad.Biarlah dulu dgn ukuran sedia ada.Bajet ciput tp mcm2 nk buat.

Hrp2 semua urusan akan selesai  cepat tanpa sebarang masalah.Nanti dpt la pindah cepat ke syurga baru tu nnti.Doakan ye...

No comments:

Post a Comment