Sunday 29 April 2012

Tak sabar menanti!!!

Alhamdulillah...syukur kerana segala urusan pembelian rumah dipermudahkan.Walaupun ada juga beberapa masalah yg timbul, syukur semuanya dapat diatasi.Sekarang hanya tinggal menunggu pihak bank disburst duit kpd owner.Selepas baki duit diselesaikan, insyaAllah rumah tu akan jadi milik kami.Owner kata akan bagi kunci lepas dia terima semua bayaran.Lega rasanya.Kalau takde ape2 aral, Selasa ni nak pegi tengok rumah.nak ambik ukuran utk buat sedikit minor renovation, survey kitchen cabinet, check lampu + kipas & mcm2 lagi urusan yg bakal muncul plk lepas ni.dan yg lagi penting, nak budget duit betul2.

Hati kembali berbunga.Aku & hubby dah bayar deposit utk sofa, katil, tv, hob & hood &built in oven.Aku jugak dah mula beli brg2 piping & sinki.Katil & almari utk Ammar & Adiff pun dah survey.Pinggan mangkuk aku dah mula beli.( Giacomo dah dlm tangan, Corelle sedang dlm tempahan..hihi).Pendek kata, aku sangat2 bersemangat la nak masuk rumah baru ni.


ni la rupa set GIACOMO tu..
tapi ada tambahan set teko + cawan & jug + gelas



set Corelle..suka2..hehe








Saturday 28 April 2012

Si Bongsu ke Tanah Suci

Hatta, adik bongsu aku berangkat tunaikan umrah ke Tanah Suci 13hb April lepas.Rezeki org hafaz Al-Quran...dpt full sponsor pegi ke sana.Ada pihak menaja 20 orang student sekolah dia yg terawal dapat hafaz 30 juzuk.

Aku pegi hantar kt KLIA.Rasa syahdu je sbb x sangka yg paling muda dalam family dapat jejakkan kaki kat sana dulu.Abah & mak masih menunggu panggilan haji.Moga2 peluang mereka untuk ke Mekah tahun ni akan tertunai.Amin...




Ni aje la gambar kenangan yg ada.Tu pun aku terkejar2 kuar awal dr sekolah & rushing ke KLIA.Syukurlah sempat..

*Waktu aku taip entri ni, Hatta dah pun selamat pulang 2 hari lepas.Syukur semuanya selamat.Doa2 semoga aku akan mengikut jejak langkahnya ke sana lepas ni.

Monday 19 March 2012

Holiday @ Tiara Beach Resort

Cuti sekolah baru je abis.Mcm biasa, time cuti cuba carik masa & bajet utk pegi holiday.Kali ni kami ke Tiara Beach Resort, Port Dickson.Semua pegi kecuali adik aku Iwan & isterinya Ayus yg ada komitmen tugas.Ada promotion rate sempena cuti sekolah, so cpt2 book.Tujuan utama nak bawak mak abah berehat & bersantai.Juga hadiah kepada adik bongsu, Hatta yg telah berjaya menghabiskan hafazan Quran 30 juzuk.Syukur...ada juga hafiz dlm keluarga aku.Moga dia dpt menggunakan ilmunya demi kebaikan diri, family & umat Islam.

Duduk apartment...tp bagi aku x berapa selesa sangat.Biliknya biasa2 je.Mcm old fashion sikit.Tapi ok lah...sbb x byk ddk dlm bilik.Budak2 yg paling best sbb dapat mandi kt waterpark.


Kolam kanak-kanak



Mcm2 permainan ada



Sukanya budak ni..



Yg ni plk x abis2 main pasir



Belajar berenang ke ape ni?



Aku x masuk air pun



Baby yg sgt suka main air



Kepenatan...terus tido


Sebelum balik, singgah kat Extreme Park.Mens plan nak main go-kart, tp ramai sgt orang.lambat nak tunggu turn.So, layan Archery je.


Test power...bole tahan la..huhu



Singgah lunch kat sini...best ayam bakarnya


Itu je la cerita holiday kali ni.Harap2 lepas ni ada rezeki pergi jalan2 lagi.

Bulk Entries

Tahun 2012 dh masuk bulan Mac.Dah nak abis pun.Tapi ni lah entry pertama aku utk tahun ni.Busy???Alasan je tu.Nak 1000 daya, x nak mcm2 la dalihnya.Aku bkn blogger tegar, sbb tu kdg2 muncul, kdg2 tenggelam.Pastu timbul balik.

Macam2 yg dah berlaku sepanjang 2012 ni.Ammar anak sulung aku dh masuk Thn 1.Dia sekolah kt sekolah yg dekat dgn rumah sekarang.Aku x sekolahkan dia satu sekolah dgn aku.Sebab?Sekolah aku Thn 1 sesi petang.Aku nak daftarkan dia ke kelas mengaji Al-Quran dan KAFA di Al-Anwar Quran Centre (AQC).Sesi belajar di AQC ada sebelah petang je.So, terpaksa la hantar dia sekolah kebangsaan di sekolah lain.Balik sekolah dia transit ke taska.Pastu ada van akan ambik & hantar dia ke AQC.Kenapa aku pilih AQC?Nanti aku cerita di entri seterusnya...Sebelum tu layan la sikit gmbr2 hari pertama Ammar ke sekolah..


Sarapan dulu


Semua baru...semangat pun baru


Ceria..


Inilah sekolahku...SK Alam Megah Dua


Good boy...cepat pulak dpt kawan


Alhamdulillah...setakat ni dia senang diuruskan.Walaupun sesekali ada jugak buat perangai pagi2, tp xde la melampau.Harap2 Ammar akan belajar dgn tekun & jadi murid yg baik.


KENAPA AKU PILIH AQC?

Al-Anwar Quran Centre ialah sebuah pusat pengajian Al-Quran swasta.(Bole baca lebih lanjut di sini).Selain belajar membaca Al-Quran, AQC juga sediakan kelas KAFA.Sebenarnya banyak lagi KAFA lain yg ada, tp aku pilih AQC sbb aku rasa sistem pembelajarannya lebih teratur.Lagipun jumlah pelajar yg tidak terlalu ramai membolehkan guru memantau dgn lebih baik.Bukan ape, aku dh dengar mcm2 feedback ttg sekolah KAFA lain yg murid2nya agak tdk terkawal & pembelajaran tdk berjalan dgn baik.Wallahua'lam...

Yuran belajar di AQC RM120 sebulan.Memang agak tinggi, tp aku x rasa ralat utk keluarkan duit sebanyak tu utk pendidikan agama anak aku.Bagi aku, kenapa perlu berkira sedangkan kalau utk yuran tuisyen, tadika & mcm2 lagi yg mahal kita x persoalkan pun.Mmg ada yg kata, kenapa bayar utk ngaji sampai sebanyak tu, tp bagi aku, x salah kita cari yg terbaik jika kita mampu.Dunia nak yang sempurna, akhirat apatah lagi...


KSSR YANG MEMENINGKAN

Mgkn ramai yg dah maklum, kurikulum sistem pendidikan negara telah berubah kpd Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Apa itu KSSR?Penerangan tentangnya sangat panjang lebar.Jadi boleh la google dlm internet utk mendapat kefahaman yg mendalam.

Sebagai guru, aku juga masih belajar tentang KSSR.Masih byk yg perlu difahami dan dipelajari.Serentak dgn tu, makin byk juga kerja & persediaan yg perlu dibuat.Dan yg pasti, banyak juga duit sendiri yg perlu dileburkan.Nak cakap byk pun x boleh, aku adalah salah seorang pelaksana dasar yg dh digubal.Memang serabut dgn benda2 ni, tp nak tak nak kena la redah juga.Harap2 perubahan yg dibuat ni akan memberi lebih banyak impak positif berbanding yg negatif.


" Saya yang menurut perintah"



Friday 16 December 2011

Selamat Pengantin Baharu...Pak Su & Mak Su

3 hari lepas kepulangan mak ayah dari Tanah Suci, majlis kenduri kahwin adik ipar aku yang bongsu berlangsung.Anak2 buah panggil Pak Su.Majlis nikah sebelah pengantin perempuan dah diadakan 20 November lepas.Aku buat gubahan hantaran untuk diorang time tu.

Hari Khamis, lepas ambik mak ayah kt KLIA hari tu, terus bawak mereka balik kampung.So, bole buat persiapan awal.Aku tolong sikit2 buat pelamin & hias bilik tidur.So, layankan je la gambar sepanjang majlis berlangsung...


Pelamin yang aku tolong hias...rerama & pomander tu aku yg bubuh


meja santapan...hidangan disediakan oleh kami adik beradik je


fairy & flower girl



pasangan sejoli


Nazer & Lina


Pak Su & Mak Su


Sisters


Family ku..


Semoga berbahagia hingga akhir hayat & dikurniakan zuriat yang soleh & solehah

Haji Yusoff & Hajah Esah

21 Oktober lepas, mak & ayah mertua aku selamat berangkat ke Tanah Suci untuk tunaikan haji.Masa tu sume pergi hantar mak ayah kat Kelana Jaya.Aku je x dapat join sebab kena pegi kursus.Sedih & terkilan x dapat hantar.Mujurlah malam sebelum pergi tu mak ayah tidur kat rumah aku.So, dapat la berborak & jumpa mereka.

Lebih kurang 49 hari kat sana, 8 Disember hari tu mak ayah selamat pulang.Kitorang pun gi ambik kat KLIA.Flight landing awal, pukul 6.55 pagi.So, pukul 6.15 dah gerak dari rumah mak.Punyalah ramai orang kt tempat menunggu tu.kebanyakannya tunggu rombongan haji tu la.Lama jugak menungu.Dekat pukul 9.00 baru mak ayah keluar.Sebak, hiba, terharu...mcm2 perasaan ada.Berjurai2 airmata keluar x bole ditahan.

 Tengok tu...ramainya orang..


 Setia menanti...Adiff dah merajuk sebab penat berdiri lama


 Yang ditunggu2 akhirnya muncul juga


 Hiba betul rasanya bila peluk mak








Jom kita balik


Alhamdulillah...mak & ayah dapat menyempurnakan ibadah haji mereka.agaknya bila pulak la giliran aku nak ke sana?

Mentari muncul lagi

Hehehe...tajuk kt atas ni xde kena mengena dgn kumpulan Slam atau ramalan cuaca atau ape2 pun.Cuma nak bgtau yg aku baru nak muncul balik lps berbulan2 lamanya aku menyepi.

Sebenarnya ada sebab aku rasa frust & xde semangat nk teruskan penulisan aku.Gembira yang aku sangka akan berpanjangan rupanya hanya membahagiakan aku buat seketika.Cewah...ayat jiwang x bole blah.

Aku nk share la apa yg dh jadi pd aku & family.Sebelum ni aku ada cite tntg rumah yg aku & suami nk beli.(Sila baca di sini ).Puas kami berusaha untuk memastikan semua urusan berjalan lancar.Tapi, kami cuma merancang.Allah menguji kami.Mula2 semuanya berjalan dengan baik, tp akhirnya kami kecewa.Kami baru tahu yg kami telah menjadi mangsa penipuan ejen hartanah setelah membayar sejumlah wang RM13000.Jumlah yg amat banyak bagi orang sederhana seperti kami.Dan yang paling kami kecewa, harapan kami untuk memiliki rumah hancur berkecai.

Dah tentu suami aku adalah org yang lebih kecewa.Puas dia bertekak dengan ejen tu.Sepanjang 7 tahun aku kahwin dgn dia, x pernah aku tengok dia marah macam tu.Dia yang banyak buat research pasal company ejen tu.Company tu berdaftar secara sah, tp tak sangka pulak ejen tu gunakan nama company orang lain.Dah puas usaha, last2 suami aku buat report polis.Memang orang kata kalau dah jadi kes polis, lagi lambat la settlenya.Harapan nak dapatkan balik duit kami tu pun macam kabur je.Nak x nak kami kena redha dan sabar hadapi semua ni.Bila fikirkan balik, memang sakit hati.Tapi apa yang bole kami buat ialah berdoa semoga diberi rezeki yang lebih baik selepas ini.

Syukur....niat kami untuk memiliki rumah belum berakhir.Kami usaha mencari rumah lain. Alhamdulillah...jumpa sebuah rumah yang sama type dengan rumah sebelum ni.Harganya dh naik beberapa puluh ribu lps 4-5 bulan.Memang mahal, tp bila fikir2 balik, kalau nak tunggu 2-3 tahun lagi, ntah berapa plk hrganya.So, kami nekad.Rasa cuak jgk sbb dah ada pengalaman hitam sebelum ni.Tapi kali ni lebih yakin sebab beli direct dgn owner, x melalui ejen.Owner ni pulak boleh bertolak ansur dgn kami dlm bab bayar deposit.So, xde la ralat sangat rasanya.Harap2 kali ni semua urusan dipermudahkan dan rumah yang kami impikan akan dapat kami miliki.

Sekarang baru la rasa ada mood nak menulis lagi.Lebih2 sekarang ni cuti sekolah.Banyak la masa nak melayan internet.InsyaAllah, lepas ni aku akan rajin2kan diri.Jumpa lagi...