Monday 19 March 2012

Bulk Entries

Tahun 2012 dh masuk bulan Mac.Dah nak abis pun.Tapi ni lah entry pertama aku utk tahun ni.Busy???Alasan je tu.Nak 1000 daya, x nak mcm2 la dalihnya.Aku bkn blogger tegar, sbb tu kdg2 muncul, kdg2 tenggelam.Pastu timbul balik.

Macam2 yg dah berlaku sepanjang 2012 ni.Ammar anak sulung aku dh masuk Thn 1.Dia sekolah kt sekolah yg dekat dgn rumah sekarang.Aku x sekolahkan dia satu sekolah dgn aku.Sebab?Sekolah aku Thn 1 sesi petang.Aku nak daftarkan dia ke kelas mengaji Al-Quran dan KAFA di Al-Anwar Quran Centre (AQC).Sesi belajar di AQC ada sebelah petang je.So, terpaksa la hantar dia sekolah kebangsaan di sekolah lain.Balik sekolah dia transit ke taska.Pastu ada van akan ambik & hantar dia ke AQC.Kenapa aku pilih AQC?Nanti aku cerita di entri seterusnya...Sebelum tu layan la sikit gmbr2 hari pertama Ammar ke sekolah..


Sarapan dulu


Semua baru...semangat pun baru


Ceria..


Inilah sekolahku...SK Alam Megah Dua


Good boy...cepat pulak dpt kawan


Alhamdulillah...setakat ni dia senang diuruskan.Walaupun sesekali ada jugak buat perangai pagi2, tp xde la melampau.Harap2 Ammar akan belajar dgn tekun & jadi murid yg baik.


KENAPA AKU PILIH AQC?

Al-Anwar Quran Centre ialah sebuah pusat pengajian Al-Quran swasta.(Bole baca lebih lanjut di sini).Selain belajar membaca Al-Quran, AQC juga sediakan kelas KAFA.Sebenarnya banyak lagi KAFA lain yg ada, tp aku pilih AQC sbb aku rasa sistem pembelajarannya lebih teratur.Lagipun jumlah pelajar yg tidak terlalu ramai membolehkan guru memantau dgn lebih baik.Bukan ape, aku dh dengar mcm2 feedback ttg sekolah KAFA lain yg murid2nya agak tdk terkawal & pembelajaran tdk berjalan dgn baik.Wallahua'lam...

Yuran belajar di AQC RM120 sebulan.Memang agak tinggi, tp aku x rasa ralat utk keluarkan duit sebanyak tu utk pendidikan agama anak aku.Bagi aku, kenapa perlu berkira sedangkan kalau utk yuran tuisyen, tadika & mcm2 lagi yg mahal kita x persoalkan pun.Mmg ada yg kata, kenapa bayar utk ngaji sampai sebanyak tu, tp bagi aku, x salah kita cari yg terbaik jika kita mampu.Dunia nak yang sempurna, akhirat apatah lagi...


KSSR YANG MEMENINGKAN

Mgkn ramai yg dah maklum, kurikulum sistem pendidikan negara telah berubah kpd Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Apa itu KSSR?Penerangan tentangnya sangat panjang lebar.Jadi boleh la google dlm internet utk mendapat kefahaman yg mendalam.

Sebagai guru, aku juga masih belajar tentang KSSR.Masih byk yg perlu difahami dan dipelajari.Serentak dgn tu, makin byk juga kerja & persediaan yg perlu dibuat.Dan yg pasti, banyak juga duit sendiri yg perlu dileburkan.Nak cakap byk pun x boleh, aku adalah salah seorang pelaksana dasar yg dh digubal.Memang serabut dgn benda2 ni, tp nak tak nak kena la redah juga.Harap2 perubahan yg dibuat ni akan memberi lebih banyak impak positif berbanding yg negatif.


" Saya yang menurut perintah"



No comments:

Post a Comment