Sunday 29 April 2012

Tak sabar menanti!!!

Alhamdulillah...syukur kerana segala urusan pembelian rumah dipermudahkan.Walaupun ada juga beberapa masalah yg timbul, syukur semuanya dapat diatasi.Sekarang hanya tinggal menunggu pihak bank disburst duit kpd owner.Selepas baki duit diselesaikan, insyaAllah rumah tu akan jadi milik kami.Owner kata akan bagi kunci lepas dia terima semua bayaran.Lega rasanya.Kalau takde ape2 aral, Selasa ni nak pegi tengok rumah.nak ambik ukuran utk buat sedikit minor renovation, survey kitchen cabinet, check lampu + kipas & mcm2 lagi urusan yg bakal muncul plk lepas ni.dan yg lagi penting, nak budget duit betul2.

Hati kembali berbunga.Aku & hubby dah bayar deposit utk sofa, katil, tv, hob & hood &built in oven.Aku jugak dah mula beli brg2 piping & sinki.Katil & almari utk Ammar & Adiff pun dah survey.Pinggan mangkuk aku dah mula beli.( Giacomo dah dlm tangan, Corelle sedang dlm tempahan..hihi).Pendek kata, aku sangat2 bersemangat la nak masuk rumah baru ni.


ni la rupa set GIACOMO tu..
tapi ada tambahan set teko + cawan & jug + gelas



set Corelle..suka2..hehe








1 comment:

  1. wah bestnya dah ada rumah. sila hias cantik2 ye ..leh aku dtg bertandang nanti.

    ReplyDelete